1. Cari satu subjek -
Kita mungkin akan merakam satu kawasan yang luas, jadi yang paling
penting jangan hampiri kawasan yang gelap dan kurang cahaya. Deria mata
kita dapat mengesan lebih banyak cahaya dan pelbagai jenis cahaya yang
lebih luas daripada satu deria kamera digital (yang di disebut Dynamic
Range dalam setting kamera). Mata kita boleh melihat menembusi cermin dan terlihat isi dalamnya walaupun dalam keadaan cahaya yang rendah
berbanding dengan keadaan cahaya di luar. Bagaimanapun, Dengan kamera, kita hanya dapat lihat apa yang
ada diluar cermin atau di dalam cermin saja. Pertimbangkan hal ini
bila memilih subjek. Jangan pilih terlalu banyak subjek. Kalau terdapat
banyak subjek dalam gambar tersebut tampak tak menarik
mata memandang.
2. Letakkan kamera pada sesuatu.
Kalau ada tripod, lebih baik pasangkan. Kalau tak ada, letak pada satu
kawasan yang kukuh. banyak yang bilang tripod ini tidak diperlukan, Tapi untuk dapatkan hasil yang bermakna, pasanglan tripod.
3. Gunakan tetapan Program (P). Ianya adalah mode terbaik untuk permulaan pembelajaran.
4. Tukarkan kelajuan ISO. coba ekperimen dengan ISO.
Boleh ubah tetapan ISO dalam setting kamera. Ada juga kamera yang
sediakan short-cut key untuk menukar kelajuan ISO. Untuk yang
belum paham tentang kelajuan ISO, fungsinya adalah untuk mengukur
kepekaan kamera dengan cahaya, lebih rendah angkanya, lebih kurang
sensitif kamera terhadap cahaya. Lebih tinggi nomernya, lebih tinggi
sensitif kamera terhadap cahaya. Coba amati gambar pada subjek yang
sama, kita gunakan ISO paling rendah (50, 100 atau 200), dan kemudian
coba pula dengan ISO yang lebih tinggi (800, 1600 atau lebih).
5. Gunakan tetapan Aperture-Priority (A). biasanya disebut sebagai Av (Aperture value) atau A (aperture priority) pada tetapan dail.
6. Tetapkan bukaan aperture lensa. Boleh diubah dengan menukar nomer dial pada kamera (dipanggil
diaphragm) yang kebiasaannya bermula dari 1.4 hingga 22 pada hampir
semua jenis lensa). Cuba rujuk pada buku arahan untuk lebih tepat.
Fungsinya ialah menukar saiz bukan lensa untuk membenarkan lebih banyak
cahaya masuk atau mengurangkan jumlah cahaya pada sensor. Saiz bukaan
lensa dinyatakan dengan pengiraan nisbah jarak lensa dengan saiz bukaan
lensa (digambarkan dengan f/5.6 contohnya). Lebih kecil saiz aperture
(kurang cahaya masuk) dinyatakan dengan nombor yang lebih besar (f/22
contohnya). Jadi, cuba rakamkan 2 gambar dengan aperture yang besar dan
aperture yang kecil.
7. Ubah kepada tetapan Manual (M) sepenuhnya.
Tetapan ini membenarkan kita mengawal sepenuhnya kamera untuk dapatkan
hasil gambar yang lebih menarik. Bukanlah sepanjang masa kita perlu
gunakan Manual mode, kalau tak apa gunanya setting lain tu. Tapi kita
perlu gunakan manual apabila ingin mengawal kedua-dua kelajuan shutter
dan bukaan aperture.
8. Tukar kelajuan shutter.
Ia digambarkan dengan nombor-nombor yang menaik dua kali ganda setiap
kali ditukar. Kelajuan shutter bermula dari 1 saat, 1/2 saat, 1/4, 1/8,
1/16, dan seterusnya (disebut “stop” setiap perubahan nomer).
Coba ambil satu gambar dengan beberapa stops yang berbeda.
- Gambar yang menggunakan shutter laju lebih gelap mungkin lebih baik atau sebaliknya bergantung kepada cahaya.
- Gambar yang menggunakan shutter perlahan menampakkan pergerakkan, gambar yang goyang sekiranya kita pegang kamera sendiri. Walaupun kita memasangkan kamera pada tripod, kelajuan shutter yang sangat perlahan (setengah saat atau lebih) akan menghasilkan gambar yang kabur kerana kamera goyang.
- Bagaimanapun, kita perlu gunakan shutter yang lebih perlahan pada waktu malam contohnya untuk dapatkan gambar pergerakkan lampu kereta. Dalam keadaan yang terang kita boleh gunakan shutter lebih laju untuk mendapatkan pergerakkan yang terhenti.
- Gambar yang menggunakan shutter perlahan menampakkan pergerakkan, gambar yang goyang sekiranya kita pegang kamera sendiri. Walaupun kita memasangkan kamera pada tripod, kelajuan shutter yang sangat perlahan (setengah saat atau lebih) akan menghasilkan gambar yang kabur kerana kamera goyang.
- Bagaimanapun, kita perlu gunakan shutter yang lebih perlahan pada waktu malam contohnya untuk dapatkan gambar pergerakkan lampu kereta. Dalam keadaan yang terang kita boleh gunakan shutter lebih laju untuk mendapatkan pergerakkan yang terhenti.
9. Penting. Ingat terma ini. pikirkan terma cahaya, kita boleh ubah bukaan aperture, kelajuan ISO
atau kelajuan shutter untuk mendapatkan kekuatan berbeza pada setiap
jenis keadaan cahaya. Mengubah setiap satu daripada akan memberi
kesan pada gambar yang diambil, mungkin lebih baik atau sebaliknya.
Ingati setiap satunya, sehingga
kita terbiasa dengan setiap keadaan sekeliling.
10. Tukarkan kembali kepada tetapan Program (P) sekarang.
Memang menarik mengetahui kesemua benda diatas, Tapi
kebanyakkan kita tak perlu pikirkan tentang tetapan manual
kerana ada tetapan automatik lain yang memudahkan kerja.
11. Gunakan lensa yang berbeza.
Kalau belum ada, lebih baik memiliki satu lensa zoom. hanya
praktikal untuk potret. Lensa tetap dengan saiz berbeda
memiliki focal lengths yang berlainan. Lensa zoom juga mempunyai saiz
panjang focal berbeda dan boleh diubah. Lensa 50mm
adalah bersamaan atau lebih kurang dengan penglihatan manusia sekiranya
dipasang pada 35mm film atau sensor. Bagaimanapun, kebanyakkan sensor
digital SLR adalah lebih kecil daripada 35mm film. Maka, panjang focal
sebenar perlu digandakan dengan 1.5 di kebanyakkan kamera. (Disebut dengan
Digital Field of View Cropping). Lensa telephoto
seperti 80mm atau lebih panjang akan membawa subjek lebih dekat kepada
kita. Sesuai digunakan untuk potret dan merakam haiwan. Tetapi kita
perlu ingat saiz bukaan aperture pada photo lebih kecil berbanding
lensa tetap. Maka sensitiviti lensa akan lebih lemah berbanding lensa
biasa. Ada juga lensa yang mempunyai bukaan aperture lebih besar seperti
70-300mm f/2.8, tetapi harganya adalah sangat mahal. Wide-angle lens
seperti 10-20mm memberikan lebih ruang pada pandangan kita. Ia juga
memberi gambaran yang kita melihat sesuatu objek pada jarak yang jauh.
Ianya berguna apabila merakam gambar pada ruang yang lebih kecil seperti
dalam bilik atau pemandangan luas.
12. Mulakan merakam gambar-gambar. Sekarang kita sudah pahami asas-asas menggunakan kamera digital SLR.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar